Thursday, 1 October 2015

BUSKERS

Korang biasa dengar pemuzik busking atau pemuzik jalanan? Kat mana selalu korang layan buskers-buskers ni? Best ke? Korang suka ke dengan penampilan mereka? Apa pendapat korang?

Aku pun boleh kata minat juga dengan busking ni. Walaupun equipment mereka sekadar biasa-biasa je tapi kalau betul-betul dimainkan nampak hidup. Busking tak memerlukan kerenah yang banyak. Malah dari segi venue, tak terhad kepada venue-venue tertentu. Penghibur-penghibur jalanan atau buskers ni pada aku jujur dalam persembahan mereka untuk menghiburkan orang. Bukan soal duit yang diutamakan tapi sebaliknya adalah kepuasan. Namun, kalau ada yang menghulurkan sumbangan itu bermaksud mereka benar-benar menghargai usaha penghibur-penghibur jalanan ini. Tapi tak ramai yang benar-benar menghargai usaha penghibur-penghibur jalanan ini.

Kalau dulu, zaman-zaman 1980-90an, penghibur-penghibur jalanan dilihat bagai tiada kelas dan seolah-olah serba dhoif. Penghibur jalanan ketika itu sekadar berbekal gitar tong, itulah yang paling canggih. Dan bila disebut penghibur jalanan juga ketika itu, sering juga orang terbayangkan warga-warga kurang upaya memainkan alat muzik mereka demi meraih sedikit simpati orang ramai, ini juga dipanggil penghibur jalanan. Namun, aku salute dengan cara dan usaha mereka berbanding peminta-peminta sedekah percuma sahaja. Mereka sering kelihatan di tepi-tepi kaki lima, di pasar-pasar malam malah di atas jejantas pun biasa. Itu zaman dululah.

Namun, kini segalanya dah berubah. Penghibur buskers ni sudah ada pada tahap dan martabat yang tersendiri. Mereka tampil lebih moden apatah lagi penggunaan peralatan persembahan mereka juga sudah banyak yang berubah. Kalau dulu sekadar gitar kapok dan tamborin, kini mereka sebahagiannya tampil dengan lebih lengkap dengan bass dan cajon menjadikan muzik mereka lebih menarik dan lebih hidup. Dengan ini persembahan mereka jauh lebih baik serta kreatif dengan susunan muzik yang lebih menarik.

Aku sembang banyak-banyak pasal busking ni macamlah aku pernah busking, kan? Hahahaha! Sebenarnya aku juga pernah menceburi bidang ini walaupun tidak secara serius. Lagu-lagu yang dimainkan pun biasa-biasa saja. Jadi, jiwa buskers tu sikit-sikit ada jugalah dalam diri aku. Menjadi penghibur jalanan, kita tak perlukan penaja dan kita boleh survive sendiri dengan secara berdikari. Kita bebas untuk lakukan apa yang kita suka selagi orang lain terhibur dengan persembahan kita. Kita datang, kita pasang, kita persembahkan sendiri tanpa perlu ada protokol sangat. Tak perlu ada pengacara yang akan memperkenalkan kita sebelum persembahan. Berapa lagu nak main pun tak kisah selagi tak penat sebab kita tak bergantung pada demand. Dan lagi satu yang best, orang tak kenal kita siapa dan privacy masih milik kita. Gosip-gosip pun tak ada. Aku nak kata berbakat sangat tu tidaklah tapi mungkin di sebalik kesungguhan aku, di situ aku nampak ada insan-insan yang terhibur. Itu saja pun dah cukup membuatkan aku rasa puas. Itu yang membuatkan aku enjoy dengan persembahan busking.

Bagi aku, selagi penghibur jalanan ini ikhlas dalam membuat persembahan mereka, in shaa Allah pasti ramai yang akan tertarik hati. Walaupun anda hanyalah sekadar penghibur jalanan dan anda melakukannya bukan bertujuan semata-mata untuk meraih sumbangan, itu juga boleh dianggap sebagai suatu jariah. Dan buat penghibur-penghibur jalanan di luar sana, teruskan dengan kesungguhan dan minat anda.



No comments:

Post a Comment