Wednesday, 23 September 2015

KOREA OH KOREA

Kenapa aku memilih topik Korea pula untuk hari ini? Apakah aku ingin melancong ke sana? Apakah aku ingin membuat pembedahan plastik di sana? Atau apakah aku meminati hiburan di sana? Kesemuanya benar kecuali membuat pembedahan plastik. Dah kenapa aku nak membuat pembedahan plastik? Hahaha!

Aku amat meminati hiburan dari Korea terutamanya dari Korea Selatan yang cukup terkenal di dunia. Aku begitu meminati drama-drama bersiri Korea dan aku juga tidak terlepas untuk menonton di channel Astro. Sanggup aku menukar decoder Astro aku dari decoder biasa kepada decoder PVR. Jadi, mudahlah bagi aku supaya tidak terlepas siaran drama-drama Korea apabila segalanya sudah dirakam di dalam PVR. Aku pun tak perlulah untuk menetapkan sekian-sekian masa khas untuk menonton siaran-siaran berkenaan. Jadi bila ada masa yang terluang, aku akan membuka semula rancangan-rancangan yang sudah aku rakamkan tadi. Haha, mudah kan?

Mulanya aku tak berapa mengikuti perkembangan hiburan dari Korea ini sehinggalah aku diperkenalkan oleh seorang rakan sepejabat yang juga penggemar setia drama-drama Korea. Sebagai permulaan, aku sekadar mengikuti sebuah drama bersiri lama yang aku sedut dari pc member ke external hardisk aku. Drama tersebut berjudul My Girl. Boleh kata setiap hari di waktu makan tengahari aku akan layan cerita tu. Cerita tu memang pada aku sangat-sangat menyentuh perasaan sehingga pernah juga airmata tiba-tiba bertakung di kelopak mata. Mujur lampu pejabat ditutup pada waktu makan tengahari jadi tiada siapapun menyedari. Hahaha! Itulah drama yang paling terkesan pada aku sehingga salah sebuah runut lagunya menjadi ringtone hp aku sehingga kini. Sejak dari itulah juga aku kerap mengikuti siaran drama-drama di TV.




Menyentuh mengenai lagu runut bunyi, aku boleh kata meminati kebanyakkan runut bunyi drama-drama Korea yang mana pernah aku tonton. Berbeza dengan penggemar K-pop lain, aku lebih memilih untuk meminati lagu-lagu runut bunyi drama Korea ini. Memang tidak dinafikan lagu-lagu mereka cukup bagus terutamanya lagu-lagu bergenre balada. Walau tak faham maksud lagunya pun aku dah boleh tersentuh hati bila mendengar lagunya sahaja. Mungkin juga sebab lagu-lagu itu akan mengingatkan aku kepada jalan cerita drama-drama Korea berkenaan.

Ok, kalau bercerita tentang drama-drama Korea, tidak sahlah kalau aku tak mengenali beberapa nama pelakon Korea ini, kan? Aku pun tak tahulah aku meminati atas dasar apa? Bakat atau rupa semata-mata? Hahaha! Iyelah, pelakon-pelakon wanita Korea memang ramai yang cun melecun, itulah sebab kenapa aku minat sangat dengan mereka. Aku amat meminati nama-nama seperti Park Ha Sun, Park Shin Hye, Kim Tae Hee dan Yoona SNSD. Semuanya pelakon wanita, hahaha!

Park Ha Sun

 Park Shin Hye

Kim Tae Hee

Aku meminati drama-drama Korea sebab jalan cerita mereka digarap dengan begitu kreatif. Tak seperti filem-filem Hindustan yang sarat dengan isu percintaan, drama-drama Korea kebanyakkannya menggunakan pendekatan berbeza. Ada drama-drama Korea yang fokus tentang sesuatu bidang seperti dunia kedoktoran, dunia rekaan fesyen, dunia muzik, dunia pertanian dan bermacam-macam lagi sehingga cerita mengenai dunia pembuatan roti pun turut dipanjangkan menjadi sebuah drama bersiri. Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang aku tidak gemar mengenai drama Korea ini. Selalu sangatlah mereka memaparkan babak meminum minuman keras. Asal frust aje, mereka minum soju. Asal marah saja, mereka minum soju. Gemar betul mereka mabuk-mabuk.




Bagaimana pula drama Korea mempengaruhi kehidupan aku? Hmmm aku takdalah terbawa-bawa sangat pengaruh Korea ni. Kalau ada pun artis-artis Korea yang aku minat seperti Girls Generation dan Miss A datang ke Malaysia, takdelah rasanya sampai aku nak naik ke atas pentas dan berpelukan dengan artis-artis Korea tu. Hahaha! Cara aku berlainan. Aku tak terlalu terikut dengan trend mereka sebaliknya aku mempelajari budaya dan tradisi mereka sedikit demi sedikit melalui drama-drama mereka. Drama-drama mereka juga banyak menerapkan nilai perhubungan kekeluargaan yang akrab dan peradaban mereka yang boleh kita jadikan contoh. Selain itu, kalau dulu aku tak kenal kimchi, sekarang aku dah makan kimchi dan meminati kimchi sehinggakan dalam masakan pun aku dah banyak menggunakan kimchi. Sedap tu!

Kalau dah banyak mengikuti drama-drama Korea, takkanlah tak terlintas langsung untuk aku melancong ke sana? Aku juga cukup teringin untuk ke sana untuk merasai sendiri suasana di sana. Terutamanya apabila menjelang musim bunga di sana. In shaa Allah kalau ada rezekinya nanti bolehlah aku ke sana melancong bersama-sama keluarga aku.

No comments:

Post a Comment