Melangkah masuk ke dalam dewan saja, terpamer deretan booth pelbagai fesyen muslimah dari tudung, shawl, jubah dan pelbagai lagi. Meriah sungguh aku tengok. Semuanya serba moden. Namun, bukan sahaja semua booth busana adalah khas untuk muslimah, ada juga terdapat beberapa booth menjual jubah-jubah untuk lelaki. Hensem-hensem juga aku tengok tapi aku tak belilah pun, sebab aku kurang minat berjubah. Jubah yang ada kat rumah pun aku cuma sarung ketika nak bersolat sahaja. Kalau ada majlis-majlis bacaan Yasin dan tahlil di mana-mana, aku lebih selesa berbaju Melayu dan berkain pelikat sahaja. Kalau Hari Raya, aku tetap dengan baju Melayu lengkap bersampin dan bersongkok. Bukan tak mahu berjubah, tapi ini tradisi Melayu dan aku sebagai orang Melayu, aku rasa aku harus kekalkan.
Berbalik kepada cerita Mood Republic tadi, sebenarnya aku cukup kagum dengan lahirnya usahawan-usahawan tempatan dengan rekaan-rekaan fesyen mereka sendiri. Walaupun semakin banyak persaingan, tapi aku dapat rasakan ini seakan suatu perkembangan sihat kepada dunia fesyen masa kini. Yelah, kalau dulu di kalangan artis kita sering berpakaian terdedah sana terdedah sini namun kini alhamdulillah artis-artis kita semakin ramai yang sudah memperagakan busana-busana muslimah dalam bidang mereka. Setidak-tidaknya ini akan menjadi ikutan yang baik untuk peminat-peminat tentang tatacara berpakaian seiring dengan kehendak syariat.
Walaupun dunia busana muslimah ini semakin berkembang dengan munculnya pelbagai rekaan kreatif, tapi adakalanya juga aku merasa terkilan kerana masih ada juga yang membuat rekaan busana muslimah kononnya namun dari segi lain masih tidak mengikut kehendak syariat. Contohnya, aku masih nampak wanita berjubah tapi potongannya ala kebaya. Ada juga berbusana muslimah tapi tudungnya terlalu pendek dan tidak menutup bentuk aset atasnya. Fesyen-fesyen sebegini aku memang cukup tidak bersetuju walaupun dinamakan sebagai busana muslimah, tapi ia tidak selari dengan kehendak agama.
Dipetik dari Hijabista tumblr
Aku ada melihat juga anak-anak gadis kita berpakaian menutup aurat dan lengkap dengan bertudungnya tapi sayangnya mereka berseluar ketat. Ada juga yang sekadar mengenakan legging. Ada juga bertudung tetapi mengenakan t-shirt berlengan pendek. Tak boleh, dik! Itu tidak menepati ciri-ciri menutup aurat yang sempurna, dik!
Aku sebenarnya bukanlah nak membeli sangat tapi aku suka berkunjung ke karnival seperti ini yang mana mereka bukan sekadar mengenengahkan rekaan-rekaan mereka akan tetapi juga aku suka melihat kreativiti mereka menghias booth-booth mereka supaya kelihatan lebih menarik dan menarik minat pengunjung berkunjung ke booth mereka. Aku suka tengok nilai seni yang dipertonjolkan dan sedikit-sebanyak ia memberikan aku ilham. Maklumlah aku juga meminati seni.
Akhir kata, kepada pereka-pereka busana muslimah mahupun muslimin di luar sana, teruskan dengan karya-karya menarik anda. Gunakan segala medium yang ada untuk mengenengah, mempromosi dan memasarkan rekaan-rekaan anda. Kewujudan anda amat penting kerana andalah yang lebih 'arif' tentang pemakaian dalam Islam. 😉
No comments:
Post a Comment