Assalamualaikum,
Dan salam sejahtera,
Terima kasih pada yang sudi mengunjungi. Buat kali pertama, biarlah aku memperkenalkan diri. Aku bukanlah seekor serangga dan aku juga bukanlah seperti yang dimaksudkan dalam lagu AKU HANYA SERANGGA-BPR. Hahaha! Manalah serangga reti nak menaip banyak-banyak macam ni. Aku macam kau juga, seorang insan biasa, tiada yang terlalu istimewanya.
Aku di sini sekadar nak bercerita. Cerita apa saja. Apa saja yang lahir dari lubuk hati ini. Tak semestinya juga cerita mengenai lalat, langau, semut, belalang dan sebagainya walaupun blog ini namanya cengkerik. Apa saja terlintas, in shaa Allah aku garapkan. Namun, kalau tulisan aku membosankan, pilihan terletak di atas kau sendiri.
Aku tak mahu terlalu straight forward dan aku tak mahu cerita-cerita aku nanti orang umpamakan seperti kata tokoh-tokoh ilmuan, santai-santai saja sudah. Tapi, andai karangan aku ini mampu memberi ilham buat kau lebih positif dalam kehidupan, alhamdulilah syukur aku panjatkan namun seandainya ia mengguris, aku mohonkan kemaafan.
Salam perkenalan,
CENGKERIK
No comments:
Post a Comment