Friday, 13 November 2015
BAGAI ANJING MENYALAK BUKIT
Pernah tak kau mendengar peribahasa berbunyi ‘Seperti anjing menyalak bukit’? Anjing memang sifatnya suka menganjing dan membuat provokasi agar musuh di hadapannya gentar. Akan tetapi apakah sang bukit akan merasa gentar dengan salakkan anjing itu? Adakah bukit akan berpindah ke tempat lain hanya kerana takutkan anjing itu?
Perumpamaan ini cukup tepat jika aku ingin sifatkan kepada salah seorang rakyat Malaysia yang seringkali membuat honar kepada rakyat Malaysia yang lain terutamanya golongan beragama Islam. Aku tak mahu menyebutkan namanya tapi mungkin korang tahu siapa gerangan individu yang aku maksudkan ini. Jika sebelum ini individu ini sering muncul dengan status-status yang banyak menjurus kepada menghina agama Islam yang turut dikongsi sama teman wanitanya sehingga menerima kecaman hebat dari rakyat Malaysia terutamanya golongan beragama Islam, kini individu ini sudah berada di luar negara dan masih terus membuat provokasi dan hinaan terhadap Islam.
Kalau ikutkan hati mahu saja dibelasah individu ini. Siapa yang tak marah kalau agamanya dihina? Aku pun sama. Tapi, apakah pula pendekatan yang aku buat? Adakah aku juga sama-sama melemparkan kata-kata makian terhadapnya? Tidak. Aku tak maki pun malah aku mendoakan semoga suatu hari nanti dia sedar kesilapannya. Aku berharap suatu hari nanti dia akan nampak agama yang dia hina-hina selama ini, inilah agama yang sebenar-benar mulia. Bukannya tak ada orang yang sebelum ini kafir sejahat-jahat kafir sehingga sanggup meruntuhkan rumah Allah tapi akhirnya dialah juga insan yang mengagungkan Allah dan mempertahankan Islam sebersungguh-sungguhnya setelah dia dikurniakan cahaya keinsafan dan terbuka hatinya menerima islam? Jadi, apa hak aku untuk melemparkan kata-kata makian sedemikian terhadap individu yang menghina Islam tadi? Aku sendiri, dah cukup Islam ke? Aku sendiri pun, dah tahu ke aku masuk syurga atau neraka?
Berbalik kepada individu tadi, semalam viral lagi sebuah post status menghina Islam dari individu ini yang benar-benar menjadi kebencian seluruh umat Islam di Malaysia. Aku dah tak terkata apa dah. Provokasinya terus melarat-larat dan menjadi-jadi. Tidakkah dia terasa yang tindakannya itu memalukan agama yang dianutinya sendiri? Tidakkah dia terasa yang tindakannya itu cukup memalukan bangsanya sendiri? Tapi dia masih lagi terus mencari-cari idea untuk menimbulkan kemarahan umat-umat Islam di Malaysia melalui status facebooknya. Kenapa kebenciannya terhadap Islam begitu meluap-luap? Aku difahamkan bahawa inilah helah yang diguna-pakai individu ini untuk memohon suaka perlindungan politik di luar negara. Kau bayangkan, setiap kali dia memuat naik apa jua statusnya di facebook, ribuan komen netizen dari Malaysia akan mengecamnya. Maka, dengan bukti-bukti kecaman inilah yang akan digunakan individu ini untuk terus memohon suaka perlindungan politik di sana apatah lagi negara berkenaan memang terkenal dengan provokasi mereka terhadap Islam. Lihatlah betapa liciknya individu ini. Jadi, aku nak bertanya korang semua, berbaloi ke kita memaki-maki hamun di laman-laman sosial ini? Tak kiralah sama ada terhadap individu ini atau yang lain-lain, berbaloi ke kau rasa? Selalu aku ingatkan akan hal ini di entri-entri sebelum ini.
Jadi, anjing yang menyalak tadi, biarlah dia menyalak seekor-seekor, bukit tak bergerak ke mana-mana. Sampai satu masa dia akan tahu juga yang perbuatannya itu adalah sia-sia belaka. Jangan dilayan sangat orang kurang kasih sayang tu, biar kita bahagia dengan hidup kita, sudah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment