Sistem penggera keselamatan amat penting bagi mengurangkan risiko kecurian. Jikalau tiada sistem penggera keselamatan sekalipun, at least pasanglah steering lock, gear lock mahupun brake lock. Jika ada modal lebih sedikit, bolehlah pasang additional security sensor. Dengan adanya security sensor ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan lagi risiko kecurian.
Bagi kebanyakkan kenderaan jenis Perodua contohnya, tanpa disedari sebenarnya telahpun dilengkapi dengan ciri sensor penggera keselamatan walaupun masih menggunakan anak kunci. Ramai yang tidak menyedari.
Anak kunci dan remote control penggera keselamatan adalah sama penting. Remote control digunakan bagi mengunci pintu dan membunyikan alarm manakala anak kunci seperti di dalam gambar, tanpanya enjin tidak akan dapat dihidupkan. Memanglah tanpa anak kunci, enjin tidak dapat dihidupkan tetapi sistem sensor penggera keselamatan kenderaan juga terletak di dalam anak kunci berkenaan.
Sebenarnya, di dalam anak kunci jenis Perodua seperti dalam gambar di atas telahpun dilengkapi dengan cip sensor dan diselaputi dengan material getah. Ketiadaan cip ini, maka sensor pengkomputeran yang terbina di dalam panel dashboard kenderaan tidak dapat diaktifkan. Oleh yang demikian enjin dan sistem pengkomputeran kenderaan tidak dapat dihidupkan. Malah jika kita menggunakan anak kunci salinan yang bukan anak kunci pendua dibekalkan pengeluar sekalipun, enjin kenderaan juga tidak dapat dihidupkan hanya kerana ketiadaan cip sensor ini.
Langkah yang baik juga disarankan kepada pengguna supaya dapat menyelang-nyelikan penggunaan setiap anak kunci baik yang sedang digunakan mahupun kunci pendua. Ini sebagai langkah supaya cip sensor bagi setiap anak kunci dapat aktif dengan berkesan dengan pasangan sensor di dalam panel dashboard kenderaan.
Justeru, jagalah anak kunci baik-baik kerana jika hilang, keseluruhan sistem sensor kenderaan juga terpaksa digantikan atau dimatikan. Kos penggantian juga mencecah ribuan ringgit.
No comments:
Post a Comment