Baru-baru ini tular mengenai beberapa sumber makanan yang
dikatakan palsu. Ada banyak sebenarnya bahan makanan yang dipalsukan dan
rata-ratanya dikatakan berasal dari Negara China. Aku ambil 2 sahaja jenis
makanan yang penting dalam kehidupan kita iaitu beras dan telur.
Isu beras dan telur palsu sudah hebat diperkatakan semenjak
2-3 tahun lalu melalui video-video yang tular di media-media sosial dan lewat
kebelakangan ini dan ramai yang mengatakan sumber-sumber makanan berkenaan
sudah dibawa masuk ke Malaysia. Bukan orang lain sahaja, aku sendiri pun cuak
bila memikirkan hal ni. Buatnya diri sendiri yang terkena kan susah! Sebab
paling utama ia ditakuti adalah kerana makanan berkenaan boleh mendatangkan kesan mudarat kepada
tubuh badan. Sudahlah statistik kanser di Malaysia ni makin hari makin
bertambah apatah lagi bila makanan yang bukan-bukan ini sudah berlegar-legar di
sekitar kita, pasti sukar untuk kita mengelak dari ditipu dan diperdaya.
Beberapa hari lepas, tular video nasi yang kononnya dimasak
dari beras plastik jenama tempatan. Sudahlah begitu, jenama beras berkenaan adalah
jenama yang sama di rumahku. Aduhai! Dah berapa banyak dah beras plastik yang
aku sekeluarga dah termakan agaknya? Aku tahu bukan aku sahaja bimbang tapi ramai
yang turut bimbang dengan situasi ini.
Bimbang tu bimbang juga tapi tak bolehlah kita percaya
bulat-bulat dengan video berkenaan. Mungkin ia bertujuan khianat. Mungkin si
pembuat video itu terlalu cetek pemikirannya sehingga mudah sangat membuat
pertimbangan yang tidak wajar. Nasi dikepal-kepal dan kemudiannya dilontar
bagai bola pingpong, kononnya mahu meyakinkan penonton bahawa itu merupakan
nasi dari beras plastik.
Sebenarnyakan, petunjuk-petunjuk Allah dah banyak
sebelum ini. Kalau kita amat-amati banyak perkara yang dicipta tuhan tu membawa
fungsi dan hikmah yang tersendiri tinggal lagi kita mampu berfikir ataupun
tidak sahaja. Kenapa aku berkata begini? Ada sedikit petua yang mungkin boleh diguna-pakai supaya kita tahu beras itu asli ataupun palsu. Apa dia? Ok, apa benda yang kita cukup tak suka terkandung dalam
beras kita? Kau rasa???... Ya tepat!.. Kutu beras!.. Kau rasa beras plastik ada kutu
beras ke? Entah mana datangnya, tiba-tiba ada je kutu dalam beras simpanan kita
lebih-lebih lagi beras yang sudah lama atau lapuk maka beranak-pinaklah kutu-kutu beras
tu. Maknanya beras tu beras asli! Faham kan? Inilah hikmahnya kenapa dijadikan kutu beras. Kutu beras tak makan beras
plastik! Cuba kita renungkan. Allah tu Maha Tahu. Jika difikir-fikirkan lagi, kerajaan kita pun
rasanya tidak mengimport beras dari China. Kebanyakkannya kita import dari Thailand. Jadi,
perlukah kita ragu sangat?
Bagaimana pula dengan telur? Telur ayam agak sukar dibezakan
antara yang asli mahupun palsu. Setakat ni aku belum pernah terjumpa lagi. Yelah,
sebagaimana yang aku kata tadi, kita rasanya tidak mengimport telur ayam dari
Negara China. Besar kot kosnya. Rasa-rasanya pasaran telur ayam di Malaysia
dipelopori pengusaha-pengusaha tempatan. So, aku tak syak sangat. Tapi kalau
kau memang jenis terlalu sangsi, apa kata kau tilik telur tu sebiji demi
sebiji. Dalam sepapan telur, takkanlah tak ada sebiji dua telur yang diselaputi
najis ayam? Kebiasaannya ada kan? Kalau ada yang terlekat najis, maka sahlah itu telur ayam yang asli.
Mudah kan?
Moralnya, kita jangan terlalu cepat percaya dengan viral-viral di
media-media sosial ini. Kadang-kadang faktanya telah diubah. Kita pun hendaklah
jangan terlalu cepat panik sebaliknya berfikir dan mempertimbangkan dengan
lebih rasional akan kesahihan sesuatu berita itu. Bukan tak boleh berwaspada tapi
berpada-padalah. Maklumlah di penghujung-penghujung zaman ni, fitnah berlaku di
mana-mana sahaja. Sedar tak sedar, silap haribulan kita sendiri pun terlibat dalam penyebaran
fitnah berkenaan. Jangan main-main!